Human Being;
Leg's Note
I'm Florence , the owner of this Blog . Be nice here and leave your footprints at my Tagboard .Navigate around here. Kamsahamnida.
 Blackforest[s]

Wechat;
A cup of tea or coffee

Followers;
Lovely buddies

Lastdate;
Story before
Credit;
my leader here
Template , header and background by AtinTory. 50% Thank to Mayra. Other help . Edit By Yours....
KUDAT SABAH
Saturday, 4 February 2012 - Permalink | 4 Comments

haihai , helohelo!! shallom . :))
ek elehh.. petang sdh plak..
hmh.. feel free today . :D wee.. wanna share smthg . yeah !
about KUDAT . tmpat aku menetap skg ne ..
selama 12 tahun aku sudah jadi warga KUDAT , aku rasa bangga tinggal sini.
wawaaa~ KUDAT tkla sebosan yg kamu fikir ok? KUDAT pun okay ba.. hoho~
yaya~ K.K a.k.a KOTA KINABALU kan bandar besar , tmpat membeli belah yg bnyak lgi tu. memang ramai org cakap,
"apala KUDAT , tkda kelas la.. pgi KK la .. baru best.." HAHA. relaks la bro !
huhu~

mau tau ka sejarah KUDAT ?
mari kita baca together-gether !!

Kudat adalah sebuah bandar di SabahMalaysia timur, di utara pulau Borneo. Ia berfungsi sebagai pusat pentadbiran untuk bahagian Kudat, yang termasuk bandar-bandar Kudat, Pitas, Kota Marudu, dan beberapa pulau luar pesisir.
Kudat terletak di utara Sabah, iaitu kira-kira 190 kilometer di utara Kota Kinabalu. Di barat Kudat, menghadap Laut China Selatan, dan di timur Kudat menghadap laut sulu. Kudat terletak pada garis lintang 6°55'utara, garis bujur 116°50'timur.
Penduduk Kudat (anggaran 1991) adalah 56,000. Komposisi etnik yang utama ialah Rungus, merupakan sub-etnik bumiputra kadazan. Kira-kira 10% penduduk adalah etnik Cina, dan terdapat juga minoriti etnik BajauDusunMurutBugisSuluk dan Melayu. Bagaimanapun, terdapat juga pendatang asing daripada Mindanao dan kepulauan Sulu.Walau bagaimanapun 51% penduduk Daerah Kudat adalah bumiputera beragama islam ( Bajau Bannaran,Ubian,Sungai, Brunei,Bajau dan Kagayan ), ikuti bumiputera etnik Rungus 30% dan etnik Cina 19%
Bandar ini ditubuhkan oleh A H Everett daripada British North Borneo Company (Syarikat British Borneo Utara) pada 7 Disember 1881 dan menjadi ibu negeri pertama British Borneo Utara, hal ini disebabkan lokasi geografi yang strategik. Kudat mendapat nama awalnya daripada perkataan Bajau-Bannaran dan Вajau Úbian iaitu kata "Takudat" yang bermakna Terkejut. Sebelum kedatangan British Ke Kudat, dan sebelum Kudat mendapat namanya kawasan bandar Kudat ditadbir oleh Maharaja Panglima Untung atau nama sebenarnya Hj Abdul Rahim ( beliau merupakan seorang yang berketurunan Suluk-Bannaran/sungai dan beliau merupakan bapa kepada ibu Tun Datu Mustapha Bin Datu Harun.Hj Abdul Rahim bersepupu dan merupakan salah seorang guru ilmu kebatinan kepada Datu Paduka Mat Salleh atau dikenali juga sebagai Haji Abdul Salam ) yang telah diberikan kekuasaan oleh Sultan Sulu untuk mentadbir wilayah utara Kudat (termasuk Talaga dan Pitas ) berpusat di Limau-limauan ( Kudat ).Sewaktu A H Everett datang ke Kudat, beliau telah menaiki kapal Besar dan membunyikan hon dan meriam sebagai menandakan kedatangannya ke pantai Kudat. Tindakan ini mengejutkan Hj Abdul Rahim dan mengatakan beliau "Takudat" atau terkejut dengan peristiwa ini.Beliau dan pengikutnya telah menemui A H Everett dan mengalu-alukan kedatangannya ke Kudat. A H Everett telah menerangkan kedatangan beliau ke Kudat dan menerangkan bahawa Sabah telah dipajakkan oleh Sultan Sulu ke pada Kompeni British dan pihak kompeni ingin membuka pelabuhan dan menjadikan pusat pentadbiran di situ atas cadangan dan nasihat Sultan Sulu.A H Everett bertanyakan kepada Hj Abdul Rahim apakah nama tempat itu.Hj Abdul Rahim menerangkan bahawa tempat itu belum bernama tetapi mengatakan beliau 'tekudat' atau terkejut dengan kedatangan pihak kompeni. A H Everett mengulangi kata-kata KUDAT! dalam loghat British dan menyebut Yes Kudat...Sejak itu tempat itu dipersetujui untuk dinamakan sebagai KUDAT. Walau Bagaimanapun, setelah berkali-kali diserang oleh lanun , selepas beberapa tahun British beralih ke pelabuhanSandakan yang lebih selamat di timur Sabah.
Pada awalnya, Kudat bukanlah lokasi popular untuk pelawat-pelawat asing. Bagaimanapun beberapa resort moden dan padang golf yang telah dibina terutamanya semasa Datuk Chong Kah Kiat menjadi Ketua Menteri Sabah berjaya menjadikan tempat ini sebagai destinasi baru pelancong dalam dan luar negeri. Tarikan setempat termasuklah rumah panjang Rungus di Bavang Gazo, di mana di tempat ini juga gong tradisional dibuat daripada loyang, dan madu lebah dihasilkan serta Tanjung Simpang Mengayau, titik paling utara di pulau Borneo.




ne aku ada gambar beberapa tempat yang ada dekat KUDAT ne.. tkla semua tapi adala beberapa .. hehe..

mercu tanda KUDAT, kelapa .

ne gereja yang berhampiran dengan sekolah aku . :))

ne plak, KUDAT MARINA RESORT.


ne mesti semua tau ! tempat budak-budak lepak ne.. CC. ~
aku tk pernah masuk pn.. hehe

ne tempat yg best utk santai .. ESPLANAD KUDAT

aku tktau la pa nama bnda ne.. aku pggil bnda ne glob? lbih kurang la..
hikhik~ ada dkt THE TIP OF BORNEO~

jeng3!!! ne dia , tempat yg aku cakap tdi.. cantek? memang .. hehe~
byk org suka dtg situ.. sbb sunset nya yg teramatla indahhhhh~~~~

ne plak , peta SABAH~ nmpak KUDAT?
tu..... 
yg paling hujung baaa~~


heyy!!! dh abis bca? kalo sudah, komenla. hebat tk? hoho~
sekian saja dari POLO ari ne .. 
mari layan secawan kopi~ :))








Blogger Fakhrul Haiyin said...

yea ! kudat !

 
Blogger polovin said...

:-D KUDAT mariii~

 
Blogger Fakhrul Haiyin said...

Kudat mariee !

 
Blogger polovin said...

HAHA :DD

 

Post a Comment